fbpx

575 anggota URB, MPV ditukar ke unit baharu- KP Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan.

SUBANG JAYA – Seramai 575 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang ditugaskan di unit kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB) di seluruh daerah di Selangor, ditukarkan ke unit lain berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, arahan pertukaran itu membabitkan pegawai rendah polis berpangkat sarjan ke bawah.

“Mereka ini adalah yang terbabit dalam penugasan barisan hadapan dan sudah berada di unit berkaitan selama enam tahun.

“Ini adalah salah satu usaha bagi memastikan anggota ini tidak melaksanakan satu rutin dan bagi memberi peluang merasakan penugasan di unit lain,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024, di Plaza Tol Puchong Selatan, di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR), Sazally Saidi.

Tegas Hussein, pergerakan mobilisasi ini juga adalah bagi mencegah elemen-elemen negatif di dalam pasukan.

Dalam perkembangan berasingan, Hussein memaklumkan Op Aman Khas yang menumpukan daerah Klang akan dikembangkan ke daerah yang lain dalam Selangor.

Jelas beliau, tindakan tersebut bertujuan untuk untuk mengurangkan kadar jenayah di Selangor selain membuang tanggapan orang ramai berhubung Klang bandar seakan ‘Colombia’.

“Dalam operasi itu polis menahan 1,184 individu atas pelbagai kesalahan dan kita percaya jika menjalankan operasi seperti ini lama kelamaan kadar jenayah akan menurun.

“Op Aman Khas ini adalah lebih fokus dan spesifik berbanding operasi biasa yang dijalankan. Operasi ini akan diteruskan di daerah lain juga,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI