fbpx

54 tangkapan tahanan Rohingya lolos depot sehingga pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Polis dan RELA melakukan rondaan bagi mengesan tahanan yang lolos dari Depoh Imigresen Sementara Bidor di Kampung Sungai Kenoh, Tapah semalam. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI / KOSMO!

TAPAH – Tiga lagi tahanan lelaki etnik Rohingnya masing-masing berjaya ditangkap di tiga lokasi berbeza pada malam tadi dan pagi ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pada pukul 9.45 malam tadi, seorang lelaki etnik Rohingnya telah berjaya ditangkap di Felcra Jalan Kachu, Tapah hasil maklumat orang awam.

“Pada pukul 3.35 pagi tadi, seorang lagi tahanan lelaki berjaya ditahan di Kilometer 327 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara sebelum disusuli seorang lagi tahanan lelaki di Batu 2, Jalan Pahang, Tapah pada pukul 3.55 pagi tadi.

“Tahanan yang lolos daripada Depot Imigresen Sementara Bidor ialah seramai 131 orang yang mana 54 tahanan berjaya ditangkap sementara dua mati akibat kemalangan jalan raya.

“Jumlah yang masih lolos (bebas) ialah seramai 75 orang setakat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI