fbpx

Tiada keperluan ganti trak TDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED (kiri) ketika melakukan Lawatan Kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kota Tinggi di Taman Aman, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan memaklumkan asetnya berada dalam keadaan baik terutamanya trak Tentera Darat Malaysia (TDM) dan tiada keperluan untuk menggantikan yang baharu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, susulan kemalangan yang mengorbankan tiga anggota tentera darat di Kilometer 75, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gurun, Kedah kelmarin beliau dimaklumkan punca kejadian adalah bukan disebabkan masalah dari trak tersebut.

Sebaliknya kata beliau, trak tentera berkenaan telah dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain.

“Kalau dilihat trak-trak itu dilanggar dari belakang jadi tentunya kita memang perlu siasatan, kita tidak mahu buat kesimpulan tetapi ia dilanggar dari belakang.

“Ketiga-tiga trak dalam perjalanan ambil anggota-anggota yang terlibat operasi, mereka konvoi dan mereka dilanggar dari belakang. Tak ada isu masalah trak,” katanya kepada selepas melakukan Lawatan Kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kota Tinggi di Taman Aman, di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, pihak kementerian masih belum menerima laporan Lembaga Siasatan Dalaman berhubung kemalangan terbabit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI