fbpx

RM8.7 juta subsidi bagi 600 Jualan Rahmah di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LILIS SASLINDA (dua dari kanan) melihat sayuran yang dijual sempena Jualan Rahmah Tahun Baharu Cina di Block 56 flat Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukan kira-kira RM8.7 juta pemberian subsidi menerusi Jualan Rahmah pada tahun ini.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya menyasarkan untuk mengadakan lebih 600 Jualan Rahmah di 26 kawasan Parlimen di negeri ini.

Katanya, ini tidak termasuk dengan Jualan Rahmah secara istimewa yang diadakan sempena musim perayaan seperti yang dijalankan ketika ini di tiga lokasi terpilih sempena Tahun Baharu Cina.

“Pada bulan lalu, kita telah mengadakan 26 Jualan Rahmah bergerak di 26 lokasi yang memberikan potongan harga kepada barangan makanan dan keperluan terpilih.

“Pada bulan ini, kita berhasrat menggandakan penganjuran program tersebut kepada 52 di 26 lokasi terpilih dalam memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya selepas majlis perasmian program Jualan Rahmah Tahun Baru Cina di Flat Taman Ungku Tun Aminah, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI