fbpx

Pencuri larikan 35,000 kad Pokemon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 35,000 kad Pokemon dilarikan dalam rompakan tersebut. - NewsBytes

SAN JOSE, CALIFORNIA – Sekumpulan pencuri memecah masuk sebuah premis perniagaan di bandar San Jose, California sebelum melarikan beberapa barangan termasuk lebih 35,000 kad Pokemon.

Akhbar The Guardian melaporkan, kejadian dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di Tofu’s Trading sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) pada 24 Januari lalu. Ia merupakan sebuah kedai dagangan kad di Bay Area.

“Kami melihat tiga individu memecah masuk melalui pintu sisi premis. Ia agak tidak masuk akal kerana sebuah peti sejuk menghalangnya, jadi mungkin rompakan ini dirancang,” kata pengurus dan pemilik kedai, Amy Simpson.

Dalam video CCTV tersebut, tiga pencuri yang memakai topeng muka melihat barangan yang dipamerkan di kedai berkenaan.

Simpson berkata, mereka melarikan beberapa kad Pokemon dan mesin wang tunai, namun tidak mengambil sebuah koleksi kad istimewa yang dikeluarkan hanya setahun sekali.

Nilai barangan yang dilarikan mencecah puluhan ribu dolar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI