fbpx

Mia mahu cari lelaki pandai berdikari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERNIAGAAN makanan sihat diusahakan Mia mendapat sambutan menggalakkan terutama dalam kalangan rakan-rakan.

Biarpun sibuk dengan ja­dual sebagai penuntut, ia sama sekali tidak menghalang gadis Pesona Ahad minggu ini, Aisy Mia Faydh Ahmad Azizzudin, 22, meneruskan minatnya dalam ­bidang perniagaan dengan menjual makanan sihat, Chicken Caesar Salad.
Bagi gadis yang mesra dipanggil Mia itu, kecantikan yang tergambar di wajah setiap wanita bermula daripada tubuh yang menerima makanan berkhasiat, memiliki hati bersih daripada hasad dengki serta fikiran yang positif.
Kepada Kosmo! Ahad, anak sulung daripada empat beradik bercerita tentang disiplinnya dalam menjaga kesihatan termasuk mengunjungi gimnasium lima kali sehari.

KOSMO! AHAD: Ceritakan tentang diri Mia?
MIA: Penuntut jurusan perhubungan awam yang aktif dalam kelab keusahawanan di kampus. Mia aktif berniaga makanan sihat secara dalam talian selepas Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Berniaga sambil belajar, mengapa?
Sejak kecil saya membantu ibu berniaga antaranya pada hari sukan, program-program jualan dan bazar Ramadan. Ibu didik Mia menjadi individu yang berdikari, jika inginkan sesuatu, you have to work for it.
Berniaga salah satu cara Mia menambah duit poket kerana kini kos sara hidup makin tinggi selain tidak mahu membebankan keluarga.

Makna cantik bagi Mia?
Kecantikan bermula dari dalam diri sendiri. Selain amalan nutrisi yang sihat, amal ibadah seperti solat perlu dijaga. Cantik dalaman cantiklah luaran.

Bagaimana Mia menjaga kecantikan?
Saya menggunakan alat solek dan penjagaan kulit yang berkualiti, tidak berasaskan haiwan dan bahan kimia berbahaya.
Sebagai pelajar bidang yang memerlukan saya berdamping dengan orang ramai, penampilan diri perlu cantik bagi memberi keyakinan diri dan klien.

Berniaga sudah tentu pandai masak?
Sebagai anak sulung, saya dididik oleh ibu yang merupakan guru tadika tentang kerja-kerja di dapur sejak kecil.
Saya diajar cara menyiang ikan sehingga masak pelbagai jenis masakan berkuah. Itu adalah skil asas seorang hawa.

Ciri lelaki pilihan?
Berpendidikan, seorang yang bekerja kuat untuk mencari nafkah. Tidak perlu kaya-raya hasil bantuan orang tuanya. Berdikari itu lebih baik.

Azam tahun baharu 2024?
Mia mahu mengembangkan kerjaya dalam bidang kewangan dan menjadi usahawan makanan yang berjaya.

Mengapa pilih makanan sihat?
Saya melalui pengalaman rakan-rakan dan saudara yang menghidap penyakit ekoran tabiat pemakanan yang tidak sihat. Mia sangat menjaga pemakanan dan aktif ke gimnasium, lima kali sehari. Saya kini menjadi rujukan rakan-rakan.
Pegangan saya, jaga pemakanan, kurangkan gula dan bersenam tiga kali seminggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI