fbpx

Lalui fasa terendah dalam hidup, Wany Hasrita nekad berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wany Hasrita mengakui terlalu mengikut perasaan sehingga duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa menyebabkan berat badan naik mendadak.

PETALING JAYA – Mengakui dalam fasa bermalas-malas sehingga kurang bersemangat melakukan sebarang kerja, penyanyi Wany Hasrita mengalami peningkatan berat badan mendadak.

Ujar Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita, 32, dia terlalu mengikut perasaan sehingga duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa selain menonton televisyen sehingga memberi kesan kepada fizikal dan mentalnya.

“Saya dalam fasa keluar dari gua. Pernah tak rasa macam tak nak buat apa-apa, tak ada semangat, nak duduk makan coklat sambil tengok Netflix sahaja. ‘Skincare’ ke laut, berat badan pun dah naik. Ketagih manis lagi.

“Bagi seminggu sahaja tak bermotivasi macam ni, berat badan saya naik hingga 59kg. Masa dalam pantang lagi kurus daripada ini. Okey, berat tolak tepi tapi badan tak ramping.

“Entahlah nak cakap normal rasa macam ini, tak normal sangatlah sebenarnya. Melayan sangat perasaan,” ujarnya menerusi sebuah video dalam TikTok.

Enggan terus terperangkap dalam situasi sedemikian, pelantun lagu Menahan Rindu itu mengakui sudah mula merancang beberapa aktiviti berfaedah supaya masa senggang terisi dengan perkara bermanfaat.

“Jadi, dengan beribu sesalan, memulakan hidup baru, semangat baru dan rutin yang baharu. Pertama, mula kelas mengaji. Amira Othman dah lama ajak sampai dah khatam, saya baru nak mula masuk kelas. Tak apalah janji mula kan?

“Seterusnya, dari dulu lagi rancang nak bawa Aishah (anak perempuan) ke kelas renang sebab nak tunggu bapanya ajar kena balik Kuching setiap minggu la jawabnya. Ibu suka tapi akaun bank bapa dia tak.

“Lepas itu nak mula kelas tinju balik. Kali terakhir saya bertinju tiga hari sebelum nikah. Lama sungguh, maka marilah ambil kesempatan ini untuk mula balik,” tuturnya panjang lebar.

Anak jati Kuala Lumpur itu turut memohon sokongan dan doa orang ramai agar segala perancangannya berjalan lancar serta membuahkan hasil.

“Pokoknya, saya rasa kena buat benda baharu. Entahlah. Doakan moga saya terus bersemangat.

“Bagi yang sedang melalui fasa-fasa terendah, tak mengapa. Asal diri masih bernafas, sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita berubah dan menjalani kehidupan dengan sebaiknya,” ujarnya menutup bicara.

Netizen rata-rata memberikan sokongan kepada ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu selain turut berkongsi mereka juga sering berdepan masalah sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI