fbpx

Kereta jurulatih renang dibakar Along

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOTA ugutan yang ditampal Along di pintu pagar rumah jurulatih renang di Taman Johor Jaya, Johor Bahru dalam kejadian Khamis lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang jurulatih renang hidup dalam ketakutan apabila pemberi wang tanpa lesen atau along meletupkan kereta miliknya dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Johor Jaya di sini, awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 4 pagi ketika jurulatih wanita berusia 21 tahun berada di dalam rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan.

“Apabila mangsa keluar rumah, dia mendapati kereta jenis Proton Persona miliknya yang diletakkan di luar pagar rumah sedang terbakar.

“Mangsa terus padam kebakaran terbabit sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Johor Jaya,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, hasil siasatan mendapati kebakaran membabitkan bahagian bumbung, bonet hadapan dan pintu sebelah penumpang.

Katanya, tiada kamera litar tertutup (CCTV) dikesan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, polis menemukan sekeping nota bertulis ‘this burn just warning, WhatsApp call Golden Now +65-8195-1124 and +65-8056-4729 and Sattle’.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI