fbpx

Hukum nikah pasangan terdampar di pulau sekadar andaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Salim.

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor memaklumkan, soalan berkaitan hukum pernikahan pasangan bukan muhrim yang terdampar di sebuah pulau yang diaju kepada penceramah bebas, ustaz Azhar Idrus dinamakan sebagai fiqh andaian (fiqh taqdiri).

Wan Salim berkata, termaklum bahawa pernikahan di dalam Islam tidak sah jika tidak memenuhi rukun-rukunnya yang lima iaitu lelaki (suami), perempuan (isteri), wali, dua orang saksi dan ijab serta qabul.

“Bagaimanapun, sebagai agama yang rahmah dan fleksibel, Islam mengharuskan pernikahan tanpa memenuhi rukun-rukun tersebut jika seorang lelaki dan seorang perempuan berada di dalam situasi luar biasa atau terdesak seperti yang ditanya kepada penceramah tersebut,” katanya, di sini hari ini.

Sebelum ini, menerusi ceramah di sebuah negeri, pengikut Ustaz Azhar Idrus bertanyakan kepada beliau bagaimana hukum sekiranya seorang lelaki serta wanita terdampar di sebuah pulau dan bagaimana caranya untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, para fuqaha Madinah atau Hijaz tidak suka kepada isu-isu fiqh sedemikian.

“Mereka lebih mengutamakan mencari penyelesaian hukum terhadap isu-isu yang benar-benar berlaku. Namun para fuqaha kufah (‘raq) adalah sebaliknya mengandaikan isu-isu fiqh yang tidak berlaku, lalu menyatakan hukum syarak mengenainya.

“Perlu dibezakan antara hukum biasa dan hukum dharuri iaitu hukum dalam keadaan terdesak atau terpaksa,” katanya.

Tambah beliau, sebagai contoh, dalam keadaan biasa seorang Muslim dilarang memakan bangkai, daging khinzir dan sebagainya.

“Tetapi dalam keadaan nyawa terancam maka diharuskan, (malah boleh jadi wajib) seseorang memakan bangkai atau daging khinzir sekadar membolehkannya meneruskan kehidupan.

“Ini termasuk dalam kategori pemeliharaan nyawa yang merupakan salah satu daripada maqasid syar’iyyah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI