fbpx

Bukan hilang, tetapi Boss Mario pergi ‘healing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARIO ditemui selamat dan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka, hari ini.

MELAKA – Pempengaruh ‘Boss Mario’ yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas keluar memandu ke Pantai Klebang dikesan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Jalan Syed Abdul Aziz di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Mario atau nama sebenarnya, Yew Boon Xiang, 30, telah didaftarkan di hospital itu pada pukul 2.15 petang tadi.

Katanya, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh abangnya yang mengesan penggunaan perkhidmatan e-hailing oleh Mario ke hospital terbabit sebelum menghubungi pusat rawatan itu untuk mendapatkan pengesahan.

“Hasil siasatan, Mario dikatakan telah menyendiri di sebuah rumah tinggal di sekitar kawasan Klebang untuk mencari ketenangan berikutan berasa tertekan untuk menguruskan syarikat miliknya.

“Dia kemudian telah mendaftar masuk ke hospital tersebut pada pukul 2.15 petang tadi dan sedang diberikan rawatan intrevena atau IV drip” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat Mario mengakui tindakannya itu berikutan dia berasa tertekan kerana tidak dapat menguruskan dua kedai gajet miliknya dan mahu memberi bonus kepada 22 orang pekerjanya.

Kosmo! hari ini melaporkan pempengaruh dikenali sebagai ‘Boss Mario’ yang mengusahakan perniagaan gajet terkenal di negeri ini dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu tanpa dapat dikesan oleh ahli keluarganya.

Menurut adiknya, Yew Lee Lee, 27, Mario dilaporkan hilang selepas keluar memandu ke Pantai Klebang sekitar pukul 3 pagi dan keretanya ditemui ditinggalkan di kawasan itu dalam keadaan berkunci.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI