fbpx

41 tahanan lolos berjaya dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 13 PATI etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis yang ditangkap di Ladang Jambu di Kampung Pos Gedong, Bidor tiba di IPD Tapah sekitar pukul 8.50 malam semalam. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAPAH – Polis mengesahkan seramai 41 warga asing yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor berjaya ditangkap dalam operasi bersepadu setakat pukul 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah bertindak pantas melakukan rondaan di Kampung Ampang, Kuala Woh pada pukul 8.40 malam semalam sebaik menerima maklumat orang awam.

“Dua tahanan lelaki etnik Rohingnya berjaya ditahan dalam operasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jarak depot itu ke Kampung Ampang adalah 20 kilometer yang memerlukan masa selama lima jam sekiranya berjalan kaki.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan, setakat pukul 8 malam semalam, pihaknya berjaya memberkas semula seramai 39 tahanan yang lolos.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI