fbpx

193 saman, 12 motosikal disita dalam ops khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 193 saman dikeluarkan termasuk 12 motosikal disita dalam Operasi Penguatkuasaan Khas Bulan Perayaan di Pulau Pinang sejak semalam.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 12 buah motosikal disita manakala 193 notis saman dan teknikal atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam Operasi Penguatkuasaan Khas Bulan Perayaan di negeri ini, sejak semalam.

Menurut JPJ negeri, penguatkuasan ini dibuat bertujuan memastikan penunggang serta pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Katanya, antara lokasi tumpuan termasuklah berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Juru, Jalan Free School serta Jalan Bagan.

“Antara kesalahan yang dikesan sepanjang berlangsungnya operasi penguatkuasaan itu pula termasuk tidak memiliki lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

“Kesalahan lain ialah gagal mempamerkan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi yang dibenarkan, tidak mempamerkan pelekat P, tidak memasang cermin sisi, mengubah suai motosikal tanpa kebenaran, dan sebagainya,” katanya di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI