SAMA cantik sama berbakat. Itu antara pujian biasa diberikan kepada dua pelakon meningkat naik, Siti Khadijah Halim dan Siti Hariesa.
Kata netizen, sudahlah seiras bersahabat baik pula.
Kedua-duanya memiliki ketinggian, senyuman dan bentuk wajah yang hampir sama. Paling lucu, ada pula yang keliru dan adakalanya tersalah memanggil nama salah seorang daripada mereka.
“Sudahlah wajah seiras, kawan baik pula tu. Mungkin mereka patut berlakon menjadi adik-beradik dalam mana-mana drama,” komen netizen.