fbpx

Penempatan warga asing antara lokasi tumpuan JIM buru tahanan lolos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT tahanan Rohingnya (duduk) yang berjaya ditemui oleh penduduk Perkampungan Orang Asli Sanding, Bidor, Tapah petang semalam.

TAPAH- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi fokus kepada risikan di kawasan-kawasan yang menjadi penempatan warga asing di sini termasuk perkampungan Orang Asli bagi memburu tahanan Depot Imigresen Sementara Bidor yang berjaya lolos dari depot itu sejak Khamis lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, beliau tidak menolak tahanan-tahanan tersebut melarikan diri ke tempat (kediaman) bangsa, keturunan mereka dan kawan-kawan yang dikenali sebelum ini bagi meminta bantuan dan perlindungan.

“Saya memberikan amaran jangan sesiapa memberikan perlindungan kepada mereka termasuk warga asing sendiri kerana tindakan tegas akan diambil.

“Saya juga menyeru orang awam melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat pergerakan manusia yang mencurigakan atau rumah mereka dihadiri tahanan tersebut yang meminta bekalan air dan makanan,” katanya pada sidang media di Depot Imigresen Sementara Bidor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ruslin berkata, radius pencarian semakin luas dan akan meningkatkan jumlah anggota sehingga 450 orang menjelang esok yang membabitkan pegawai-pegawai agensi itu dari seluruh negara.

“Hasil dapatkan dan risikan saki baki tahanan yang melarikan diri dari depoh semakin berpecah untuk mengelakkan diri daripada dikesan pihak berkuasa.

“Walaupun tahanan terbabit mula berpecah untuk menyelamatkan diri namun masih lagi dalam radius pencarian,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI