fbpx

Lori bawa gula terbabas, masuk laluan bertentangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik sesak di kedua-dua laluan Gopeng-Simpang Pulai ketika ini akibat kemalangan tujuh kenderaan pagi tadi.

SIMPANG PULAI – Kemalangan tujuh kenderaan yang menyebabkan kesesakan panjang di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada pukul 8 pagi tadi di sini berpunca akibat lori bermuatan gula hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Kemalangan yang melibatkan tiga buah treler, dua buah kenderaan jenis MPV dan dua buah kereta mengakibatkan dua orang maut yang merupakan pemandu treler muatan gula pasir dan dan pemandu treler barangan logam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan adalah berpunca daripada pemandu treler jenis Hino dipandu seorang lelaki warganegara tempatan yang membawa muatan gula telah hilang kawalan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Tambahnya, hal itu menyebabkan kenderaan berat itu bertembung dengan sebuah treler jenis Volvo bermuatan gelung besi.

“Dalam kejadian yang sama lima buah kenderaan lain turut terlibat kemalangan di laluan yang sama. kedua-dua pemandu treler tersebut juga didapati tidak membawa kelindan,” katanya di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku pada 7.46 pagi melibatkan di kilometer 288.1 Lebuh Raya Utara-Selatan yang mengakibatkan kesesakan teruk kerana jalan terhalang.

Tambah Yahaya, dalam kejadian itu kedua-dua pemandu treler meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang mangsa daripada sebuah kenderaan kereta mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran. Disamping itu, semakan rekod saman terhadap treler jenis Hino mendapati terdapat dua rekod lampau saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis menyeru orang ramai yang telah menyaksikan kejadian tersebut supaya berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Deputi Superintendn (DSP) Koo Boon Kuat di talian 016-4173222 untuk membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI