PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak dan perlahan ekoran kemalangan sebuah lori terbalik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pagi tadi.
Menerusi perkongsian Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook, kemalangan berlaku Kilometer (KM) 35.1 arah barat dari Genting Sempah ke Gombak menyebabkan lorong kanan terhalang.
Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati, trafik sesak sejauh 20km dan pengguna laluan tersebut sudah lebih satu jam ‘terperangkap’ akibat kerja-kerja pengalihan kenderaan terbabit sedang dilakukan. – KOSMO! ONLINE