fbpx

Kempen beri nama bekas kekasih pada lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar GAMBAR fail menunjukkan Zoo San Antonio, Texas. - Foto San Antonio Express-News

WASHINGTON –  Sebuah zoo di negeri Texas menawarkan pengunjung peluang untuk menamakan lipas, sayuran atau pun tikus menggunakan nama bekas kekasih mereka, lapor portal berita Independent semalam.

Tawaran itu dibuat oleh  Zoo San Antonio, tengah Texas. Zoo berkenaan menganjurkan kempen  mengumpul dana dinamakan  ‘Dana Rintihan Saya Seekor Lipas’.

“Jadilah sebahagian sensasi global dan hapuskan masa lalu dan sokong tujuan mulia Dana Rintihan Saya Seekor Lipas.

“Secara simbolik, namakan seekor lipas, tikus atau sayuran dengan nama bekas kekasih atau seseorang yang bukan terlalu istimewa kepada anda dan Zoo San Antonio akan membantu anda menguburkan masa lampau anda,” kata kempen tersebut.  

Mereka yang mahu mengambil bahagian dalam kempen tersebut boleh menyumbang sebanyak AS$5 (RM23.59) untuk sayuran, AS$10 (RM47.17) bagi nama lipas atau AS$25 (RM117.94) untuk nama  tikus melalui laman web zoo tersebut.

Zoo seluas lebih 20,23 hektar itu mempunyai 720 spesies, sebahagiannya adalah haiwan terancam dan menerima kehadiran lebih satu juta pengunjung setiap tahun. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI