fbpx

Jenazah Sarjan Rozali selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nabil (kanan) menyiram air mawar di pusara bapanya, Rozali di Tanah Perkuburan Islam Gong Bayor, Besut hari ini.

BESUT – Jenazah Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, yang merupakan salah seorang daripada tiga anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 77.5, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gurun, Kedah semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Bayor, di sini sebentar tadi.

Majlis pengkebumian jenazah anggota TDM dari Kem 3, Rejimen Sempadan Pengkalan Hulu, Perak itu disempurnakan dengan istiadat ketenteraan termasuk kawalan kehormatan jenazah.

Jenazah Rozali selamat tiba di tanah perkuburan berkenaan pada pukul 7 pagi sebelum istiadat pengebumiannya selesai sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

Istiadat pengkebumian tersebut disempurnakan oleh pegawai dan anggota dari Kem 3, Rejimen Sempadan Pengkalan Hulu, Perak.

Sebelum itu jenazah Allahyarham tiba di Masjid Kampung Gong Bayor di sini pada pukul 5.45 pagi dengan menaiki van jenazah.

Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga terutama isteri arwah, Tuan Nor Hasliza Tuan Mohd Nor, 37, dan anak tunggalnya, Muhammad Nabil, 13, sepanjang proses pengkebumian tersebut.

Hadir sama Pegawai Pemerintah Batalion Ke 3 Rejimen Sempadan Pengkalan Hulu, Leftenan Kolonel Saiful Azril Zahimi dan Ketua Staf Markas Briged Ke 8 Infantri Malaysia Kem Pengkalan Chepa, Leftenan Kolonel Mohd Azmi Mohd. Nor.

Kosmo! hari ini melaporkan tiga anggota tentera terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Gurun.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 10.20 pagi itu, selain Rozali, dua lagi identiti anggota yang maut ialah Lans Koperal Mohd Hafiz, 30, dan Koperal Mohd Asri Idris, 40. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI