fbpx

Hujan berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sabah dan Sarawak sehingga 5 Februari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ia susulan penumpuan angin di bahagian timur negara menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan.

Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengemas kini amaran hujan berterusan peringkat waspada di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa sehingga 5 Februari.

“Bagi Sarawak, ia membabitkan Miri, Limbang, Sibu, Mukah dan Bintulu manakala di Sabah, hujan lebat dijangka tertumpu di Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Orang awam dinasihatkan untuk merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI