fbpx

EPL: Spurs tagih prestasi terbaik Werner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER berjaya mencipta dua umpanan gol ketika Spurs membenam cabaran Brentford sebelum ini. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou mencabar pemain baharu pasukan, Timo Werner untuk terus ‘mengganas’ pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Everton di Goodison Park malam ini.

Sebagai rekod, Werner yang baru menyertai Spurs pada bulan lepas mempamerkan prestasi mengagumkan ketika membantu pasukan menewaskan Brentford 3-2 kelmarin dengan melakukan dua bantuan jaringan.

Menurut Postecoglou, apa yang ditampilkan oleh pemain antarabangsa Jerman itu ha­nyalah permulaan kerana percaya masih banyak elemen kejutan yang bakal dilakukannya sehingga penghujung musim nanti.

“Saya lihat Werner antara pemain kami yang paling menyinar di posisi serangan, tetapi apa yang ditampilkan belum sempurna. Dia juga dilihat tidak dapat keserasian penuh bersama rakan-rakan sepasukan lain.

“Namun, saya gembira dia berjaya membantu pasukan meraih dua gol pada perlawanan lepas dan jika diberi ruang serta masa, dia akan lebih efektif ter­utama untuk membantu pasukan menjaringkan gol,” katanya.

Sementara itu, Werner meng­akui pengalaman bersama Chelsea banyak membantu dirinya menyesuaikan diri bersama Spurs kerana bukan hanya gol yang memainkan peranan, sebaliknya bantuan jaringan juga cukup penting buat pasukan.

“Sebagai pemain di posisi serangan, saya akan berusaha membantu pasukan sebaik mungkin. Jika saya gagal menja­ringkan gol, saya akan pastikan peluang dapat dicipta buat rakan-rakan untuk jaringkan gol,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI