fbpx

Dua PATI lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Ishak menunjukkan arah dua lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjalan kaki menuju ke Masjid Al-Rahmaniah, Kampung Batu Melintang, Tapah yang ditangkap selepas solat Subuh berjemaah hari ini.

TAPAH – Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor kelmarin, sempat solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Rahmaniah, Kampung Batu Melintang di sini sebelum ditangkap polis.

Siak Masjid Al-Rahmaniah, Ahmad Ishak Mat Isa, 54, berkata, kehadiran dua lelaki dalam keadaan berkaki ayam itu disedari selepas mereka dilihat berjalan ke masjid sekitar pukul 6 pagi.

“Saya tunggu mereka ambil wuduk dan ikut mereka masuk ke dalam untuk solat. Selepas solat, mereka mahu beredar tapi ditahan oleh imam masjid.

“Ketika disoal, mereka beritahu pekerja kontrak dan berasal dari Bangladesh namun apabila ditanya lebih lanjut, kedua-dua lelaki itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Rahmaniah di sini hari ini.

Menurut Ahmad Ishak, sebelum dibawa ke balai polis, kedua-dua lelaki warga asing itu diberikan air dan mi goreng selepas dilihat dalam keadaan tidak bermaya kerana keletihan.

Katanya, kaki kedua-dua mereka juga dilihat melecet dan luka dipercayai akibat berjalan jauh dengan berkaki ayam.

“Mereka tidak minta makanan pun tapi bila lihat keadaan mereka yang semakin lemah dengan keadaan tidak terurus, kami berilah makan.

“Mereka pun memang betul-betul lapar sebab dapat menghabiskan empat botol air mineral dan dua bungkus mi goreng dalam masa yang singkat,” katanya.

Sementara itu, pesara guru, Razali Talib, 69, berkata, dia mengesyaki dua lelaki itu adalah tahanan yang lolos selepas dilihat cuba ‘menipu’ kononnya mereka berasal dari Bangladesh.

“Mereka beritahu bekerja di kampung ini sejak dua tahun lalu, saya tahu mereka cuba menipu kerana tiada pekerja warga Bangladesh pun di kampung ini.

“Apabila polis tiba sekitar pukul 7.20 pagi dan buat soal siasat, barulah kedua-dua lelaki itu mengaku yang mereka adalah tahanan etnik Rohingya yang lari dari depot tahanan di Bidor,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI