KLANG – Pekan Pelabuhan Klang hari ini digempur dalam mengesan kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI).
Serbuan bermula pukul 1.30 tengah hari itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Kontinjen Polis Selangor termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA).
Berdasarkan tinjauan Kosmo! setakat pukul 2 petang mendapati ratusan PATI telah ditangkap termasuk yang memakai pakaian pengawal keselamatan.
Beberapa jalan di sekitar lokasi serbuan turut ditutup bagi melancarkan operasi tersebut. -KOSMO! ONLINE.