fbpx

2 lelaki ghairah swafoto nyaris dipijak gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki itu berusaha melarikan diri ketika dikejar gajah berkenaan. - ViralPress

NEW DELHI  – Dua lelaki dikejar dan nyaris dipijak selepas memberhentikan kereta mereka di sebuah lebuh raya untuk merakam swafoto bersama seekor gajah, lapor akhbar The Sun semalam.

Video kejadian dirakam oleh penumpang kenderaan lain yang berada beberapa meter di hadapan kereta mangsa. 

Dua lelaki itu mengalami detik cemas apabila gajah tersebut tiba-tiba meluru ketika mereka cuba merakam swafoto di hadapannya. 

Mereka cuba melarikan diri namun, rakannya terjatuh dan nyaris dipijak gajah liar tersebut. 

Pemandu kereta yang dinaiki dua lelaki itu turut memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun bernasib naik kerana gajah itu berpatah balik dan kembali ke dalam hutan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI