fbpx

Pemain Harimau Malaya dinasihat tidak gelojoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN antara pemain negara yang berjaya menarik perhatian banyak pihak selain kualitinya diiktiraf FIFA.

PEMAIN kebangsaan yang beraksi di Piala Asia di Qatar diingatkan tidak terlalu gelojoh untuk menerima tawaran beraksi di luar negara walaupun dijanjikan tawaran lumayan.

Walaupun berpeluang untuk meraih pendapatan lebih besar, kestabilan prestasi juga wajar diambil kira bagi mengelak perjalanan bola sepak seseorang pemain ‘karam’ lebih awal.

“Saya ingin lihat ada pemain daripada skuad sekarang bermain di luar negara. Tidak perlu terlalu mengharap terlalu jauh hingga ke Eropah, asalkan liga itu mempunyai intensiti tinggi yang mampu bantu perkembangan pemain.

“Dalam masa sama, pemain juga kena pastikan dia akan bermain. Kita tidak mahu mereka sekadar memenuhi pasukan, jadi saya harap mereka boleh pilih kelab yang mampu tawarkan tempat dan minit permainan,” kata bekas pembantu jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin.

Secara lazimnya, pentas seperti Piala Asia akan ‘dibanjiri’ ramai pemantau bakat dari seluruh dunia dan situasi ini mungkin membuka ruang kepada pemain negara untuk berkelana ke luar negara.

Sebelum ini, nama Arif Aiman Hanapi sudah pun menarik perhatian di peringkat antarabangsa dan kualitinya turut mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI