fbpx

KPM garis empat perkara perkasa sistem pendidikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Empat perkara utama akan menjadi tumpuan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ia merangkumi Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM), Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Bahasa Inggeris dan digital.

Malah katanya, ketika ini KPM sedang memperkukuhkan pentaksiran dan memberi tumpuan kepada kurikulum 2027 serta hala tuju negara.

“Kita minta semua memberikan sepenuh sokongan untuk memperkukuhkan ekosistem khususnya hala tuju negara yang empat ini supaya dapat sama-sama memperkukuhkan lagi pendidikan kita.

“Ketika ini juga yang paling penting adalah melihat peluasan prasekolah yang sedang di terajui di peringkat KPM,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek BAP Peringkat Selangor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan pihak yang masih meminta supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dikembalikan.

Ini kerana sebelum ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 April 2021 memutuskan memansuhkan UPSR mulai 2021 manakala PT3 mulai 2022.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI