fbpx

Warga Thailand beri alasan tak jumpa jalan patah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ridzzuan (kanan) bersama sebahagian wanita warga Thailand yang ditahan kerana disyaki tidak mempunyai cop pengesahan kemasukan yang sah pada sidang akhbar di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, hari ini.

BUKIT KAYU HITAM – Cubaan beberapa warga Thailand untuk melepaskan diri dengan memberi alasan terlajak masuk ke negara ini kerana tidak menemui jalan untuk berpatah balik ke negara asal gagal apabila mereka ditahan imigresen, di sini pada Selasa lalu.

Mereka merupakan antara 29 rakyat Thailand dan seorang Kemboja berusia antara 20 hingga 55 tahun yang ditahan dalam operasi dekat pos Pasukan Gerakan Am (PGA) berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd. Ridzzuan Mohd. Zain memberitahu, operasi khas tersebut dilakukan ke atas kenderaan asing termasuk pikap dan motosikal yang masuk melalui pintu masuk ICQS secara rambang.

“Hasil pemeriksaan, kita menahan seramai 30 warga asing iaitu 10 lelaki dan 20 wanita kerana disyaki melanggar akta dan peraturan imigresen. Antara kesalahan yang disyaki dilakukan adalah tidak memiliki cop pengesahan kemasukan sah serta tidak memenuhi syarat kemasukan ke Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di ICQC, di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut mendapati 18 daripada mereka mempunyai pas sah, manakala 12 lagi wanita warga Thailand tidak mempunyai cop kemasukan yang sah pada dokumen perjalanan mereka.

“Daripada jumlah itu, kita bertindak mengeluarkan Notis Penolakan Masuk kepada 12 warga Thailand dan seorang Kemboja selepas mendapati mereka tidak memenuhi syarat kemasukan termasuk berkaitan bukti tempahan penginapan. Mereka dihantar pulang kepada pihak imigresen Thailand untuk tindakan lanjut.

“Baki 17 lagi warga Thailand ditahan untuk siasatan lanjut. Mereka terdiri daripada 12 wanita yang didapati tidak mempunyai pengesahan kemasukan sah serta lima pemandu kenderaan yang membawa semua wanita warga asing terbabit,” ujarnya.

Menurutnya, semasa operasi dilakukan, ada dalam kalangan warga asing itu memberi alasan sedang mencari jalan untuk berpatah balik ke negara mereka selain mencari kaunter pertanyaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI