fbpx

Trak pikap terbakar ketika parkir di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah trak pikap jenis Ford Ranger di tepi jalan Pasir Puteh-Kota Bharu dekat Pasir Puteh hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

PASIR PUTEH – Seorang wanita berdepan detik cemas selepas trak pikap miliknya terbakar ketika diletakkan di tepi jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, di sini hari ini.

Kejadian pukul 1.14 petang itu berlaku semasa mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an menghidupkan enjin kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger sebelum ia tiba-tiba terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Menurutnya, anggota bomba mendapati seorang wanita berjaya menyelamatkan diri selepas keluar dari trak pikap itu.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku selepas wanita berkenaan mahu menghidupan enjin kenderaan itu.

“Anggota bomba mengambil masa selama 51 minit untuk memadamkan keseluruhan kebakaran itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI