PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memulakan tugas pertama baginda dengan berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Melalui laman Instagram rasmi Sultan Ibrahim berkata, pertemuan Perdana Menteri bersama baginda berlangsung di Istana Negara itu, hari ini (1 Februari).
Terdahulu, Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam upacara yang berlangsung penuh adat istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam (31 Januari 2024). – KOSMO! ONLINE