PETALING JAYA – Penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diminta menyemaikan benih perpaduan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penduduk Wilayah Persekutuan juga diseru supaya membuang mesej yang berbaur kebencian.
“Selamat menyambut Ulang Tahun Ke-50 buat seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Semailah benih budaya perpaduan dan membuang mesej berbaur kebencian dengan sikap berkasih sayang juga rahmah antara satu sama lain,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Anwar berkata, perpaduan selaras dengan konsep Madani yang menuntut rakyat Malaysia saling menyantuni dan bermuafakat dalam menjayakan agenda pembangunan negara.
“Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, mampan dan sejahtera,” katanya. – KOSMO! ONLINE