fbpx

Santai Pancing Port Dickson 2024 tawar hadiah RM28,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana pertandingan Santai Pancing PD di Port Dickson pada tahun lalu.

PORT DICKSON – Kira-kira 700 kaki pancing dijangka berkampung di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 17 Februari ini bagi menyahut cabaran pertandingan Santai Pancing Port Dickson 2024 yang memasuki tahun kelima tahun ini.

Acara yang dianjurkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) itu menawarkan hadiah wang tunai RM12,000 sebagai hadiah utama.

Yang Dipertua MPPD, Nurhazelin Makli berkata, acara tersebut bukan sahaja menyediakan medan buat kaki pancing bersaing sesama sendiri, tetapi turut memainkan peranan mempromosikan keindahan pantai-pantai di sekitar Port Dickson.

“Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM3,000 dan RM1,000.

“Dalam masa sama, hadiah wang tunai juga disediakan kepada para pemenang sehingga tempat ke-100 dan ia berkonsep sapu bersih,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, terdapat pelbagai spesies ikan di pantai tersebut antaranya daun baru, bayan dan tetanda, malah Port Dickson juga kaya spesies ikan gred A seperti ebek, bawal pinang, daun baru, gerong belang dan lain-lain.

“Ini sekali gus peluang kepada peserta untuk bergelar juara pada bertandingan itu,” katanya.

Ujarnya, 500 peserta yang mendaftar awal akan menerima baju-T, manakala peserta bertuah pula berpeluang membawa pulang hadiah bonanza berupa dua televisyen bersaiz 32 dan 42 inci.

Kaunter pendaftaran akan mula dibuka pada 16 Februari bermula pukul 3 petang hingga 9 malam.

Khemah urus setia juga akan dibuka di lokasi pertandingan bagi memudahkan peserta membuat mendaftaran dan yuran penyertaan adalah RM70 untuk setiap joran.

Mengulas lanjut, Nurhazelin berkata, Pantai Cahaya Negeri yang sinonim sebagai lokasi memancing diharap dapat menarik pelancong domestik di samping membantu ekonomi penduduk tempatan.

Katanya, Port Dickson dikenali sebagai ‘Bandar Pelancongan’ yang mempunyai 10 pantai dan pelbagai tempat menarik sebagai tumpuan utama pelancong dalam dan luar negara seperti Muzium Tentera Darat, Muzium Kota Lukut, Rumah Api Tanjung Tuan selain terkenal dengan hotel-hotel bertaraf antarabangsa.

“Ketika berlangsungnya pertandingan itu nanti, ahli keluarga peserta juga boleh meneroka flora dan fauna di pulau burung yang terdapat di lokasi pertandingan berkenaan.

“Saya menyeru para peserta bertanding secara sihat, menang atau kalah adat bertanding dan paling penting adalah bercuti bersama keluarga dalam program Santai Pancing Port Dickson yang merupakan program pertama bagi tahun 2024,” jelasnya.

Port Dickson mempunyai pelbagai tempat menarik antaranya Ekopelancongan seperti PD Forest Sungai Menyala, Hutan Lipur Pasir Panjang, Muzium Lukut dan Kota Lukut, Muzium Tentera Darat dan Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas.

Begitu juga Sky Ladder Pineapple Farm, Pd Ostrich Farm dan Rumah Terbalik Port Dickson turut menjadi tumpuan para pengunjung.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh menghubungi pihak urus setia di talian 013-2667011, 017-6805934, 012-3554946 atau 012-2846811. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI