fbpx

Ramai tak sabar rebut Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dendeng Nyet Berapi akan mula dijual esok secara siaran langsung di TikTok Khairul Aming.

PETALING JAYA – Orang ramai dilihat tidak sabar untuk mendapatkan Dendeng Nyet Berapi di bawah jenama khairulamingbrand selepas ushawan selebriti, Khairul Aming mengumumkan keluaran produk keduanya itu baru-baru ini.

Khairul Aming membuat pengumuman itu menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya.

“R&D (penyelidikan dan pembangunan) produk kedua ini mengambil masa selama setahun dan telah memakan modal lebih daripada RM2 juta untuk persiapan mesin dan ubah suai kilang.

“Kami harap semua akan menyukainya. Kalau ada kekurangan boleh maklumkan kepada kami untuk penambahbaikan,” katanya.

Menurut Khairul Aming, hanya 80,000 unit sahaja yang bakal dijual bagi kumpulan pertama pada esok menerusi siaran langsung di akaun TikTok rasminya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja untuk merasai kelainan makanan dendeng tersebut selepas produk pertamanya, Sambal Nyet berjaya memikat hati ramai pengguna.

“Memang favourite (kegemaran) saya lah dendeng-dendeng ini. Tak sabar ya, moga ada rezeki nak beli untuk stok puasa,” kata Hanis.

“Alaaa.. dalam TikTok sahaja ka? Nampaknya saya kena install (muat naik) TikTok. Semata-mata nak beli Dendeng Nyet Berapi,” ujar Rozzie.

“Ini baru influencer (pempengaruh) yang boleh jadi contoh, bukan tergedik macam minta sedekah dalam live (siaran langsung). Nampaknya produk kali ini bini aku akan jadi antara penunggu setia ‘TikTok live’ Khairul Aming,” komen Azriee.

Dalam pada itu, Khairul Aming memberitahu, pembelian minimum dihadkan kepada enam unit sahaja bagi setiap pembeli.

Dia juga sempat memberi cadangan kepada orang ramai untuk memakan dendeng tersebut bersama nasi putih dan telur goreng.

“Jangan risau, nak makan koyakkan je. Tapi kalau nak lagi sedap, rendam sekejap dalam air panas supaya naik lagi aroma dendeng itu.

“Untuk akak-akak yang suka masak ayam gulai dekat rumah, haa jangan risau. Dendeng boleh makan dengan semua lauk.

“Nak makan dengan ayam masak lemak boleh, sup boleh, kari pun boleh juga,” cadangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI