fbpx

Mahfuz mahu buat rayuan kes saman fitnah MB Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahfuz.

ALOR SETAR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menghormati keputusan mahkamah yang tidak memihak kepadanya berhubung saman fitnah dikemukakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menurutnya, beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak atau membuat sebarang tuduhan sama ada kepada hakim mahupun barisan peguamnya.

Malah katanya, beliau akan terus menuruti proses perundangan dan Perlembagaan yang menjadi tunjang kepada keamanan dan kemakmuran negara.

“Keputusan mahkamah itu saya hormati dan saya tidak akan sekali-kali menyatakan mahkamah zalim atau ‘langkah mayat saya dulu’. Saya tak salahkan hakim, peguam saya atau peguam Muhammad Sanusi pun.

“Saya akan ikut proses perundangan dan Perlembagaan selain sudah bincang dengan peguam dan mendapat nasihat untuk merayu. Maka saya akan teruskan dengan proses rayuan selepas ini yang mana masih ada dua peringkat untuk saya merayu iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, beliau tidak kisah dengan segala bentuk kecaman diterimanya terutama daripada penyokong parti lawan berikutan keputusan dibuat mahkamah.

Malah katanya, beliau amat berterima kasih kepada golongan berkenaan kerana dilihat sangat prihatin dengan dirinya hingga terus-terusan memberi perhatian kepadanya.

“Kepada mereka itu, saya harap masing-masing dapat bersabar. Saya akan tetap hormati kalau mahkamah pada akhirnya memutuskan yang saya perlu bayar kepada Muhammad Sanusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI