fbpx

Keputusan Lembaga Pengampunan Najib: Insya-Allah minggu ini – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha ketika ditemui pemberita pada pelancaran Hari Wilayah Persekutuan 2024, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kenyataan rasmi mengenai keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka diumumkan minggu ini.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa ketika ditemui media sempena pelancaran Hari Wilayah Persekutuan 2024 (HWP 2024).

“Insya-Allah minggu ini,” itu komen ringkas Dr. Zaliha selepas di soal wartawan.

Ditanya kenapa masa lama diambil untuk mengeluarkan keputusan itu, Dr. Zaliha berkata, beliau mahu semua pihak bersabar dan menunggu sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan.

“Sabar…sabar dan yakin,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, isu keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri itu ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, mesyuarat Jemaah Menteri ada dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi ‘sepintas lalu’ sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI