fbpx

Kemasukan pelajar baharu MRSM dilanjutkan sehingga 13 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi kelonggaran dan pilihan kepada ibu bapa pelajar baharu tingkatan satu dan empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk membuat pendaftaran pada 13 Mac depan.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kelonggaran itu bagi memudahkan ibu bapa yang berdepan kekangan untuk membuat pendaftaran pada tarikh asal 11 Mac 2024 seperti ditetapkan sebelum ini.

“Ramai minta pendaftaran tingkatan 1 dan 4 MRSM dilewatkan sikit. Insya-Allah setelah bincang dengan Pengarah BPM (Bahagian Pendidikan Menengah Mara), saya setuju 13 Mac, iaitu hari ke-3 selepas sesi persekolahan dibuka diberikan pilihan kepada Ibu bapa yang punya masalah atau sebarang kekangan untuk menghantar anak-anak pada 11 Mac.

“Pelajar-pelajar baharu tingkatan 1 dan 4 MRSM boleh daftar 11 Mac dan bagi yang punya masalah boleh juga daftar 13 Mac. Tiada masalah. Ini semua untuk memudahkan ibu bapa yang pertama kali mahu mendaftarkan anak-anak di MRSM kali ini.

“Justeru 11 Mac masih kekal sebagai hari pendaftaran awal untuk pelajar baharu tingkatan 1 dan 4,” katanya dalam satu hantaran di media sosial semalam.

Keputusan tawaran kemasukan untuk tingkatan satu dan empat MRSM bagi 2024 telah dikeluarkan pada 18 Januari lalu dan Mara menetapkan tarikh pendaftaran bagi kemasukan pada 11 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI