fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa KL, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda tujuh negeri petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, di Perak, cuaca buruk sedang melanda Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang serta seluruh Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Selain itu, cuaca buruk yang sama turut tertumpu sekitar Sarawak seperti Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Bagi negeri Sabah pula, hujan lebat, ribut petir dilaporkan melanda kawasan Pedalaman (Sipitang) dan Tawau (Tawau dan Lahad Datu),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI