fbpx

Hakim tolak rayuan jaminan bapa perkosa anak ada kad OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri.- Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menolak rayuan jaminan seorang lelaki yang mendakwa memiliki kad orang kurang upaya (OKU) susulan berhadapan kes merogol anaknya sendiri yang di bawah umur dalam kejadian di Kendong, Rembau, November tahun lalu.

Tertuduh berusia 47 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datin Surita Budin.

Hakim kemudiannya menegaskan keputusan tiada tawaran jaminan itu dibuat berdasarkan fakta kes rogol tersebut dan tertuduh berusia 47 tahun perlu melantik peguam pada sebutan kes akan datang.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 6 Mac ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah merogol anak kandungnya yang berusia 16 tahun enam bulan yang mana perhubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan di bawah undang–undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis kediaman di Kendong pada 12 November tahun lalu pada waktu petang.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung tidak menawarkan sebarang jaminan kerana dikhuatiri tertuduh akan menganggu mangsa yang merupakan anak kandung tertuduh.

Menurut Hsiao Tung, pengadu dalam kes berkenaan adalah doktor dan mangsa juga telah dipukul selepas kejadian.

Difahamkan, tertuduh akan dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada hari yang sama.

Pada 24 Januari lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan dipukul teruk oleh bapanya menggunakan pelbagai objek sehingga mengalami kecederaan dan di bawa ke Hospital Tampin.

Mangsa dipercayai dipukul dengan teruk disebabkan bapanya tidak berpuas hati dengan tindakannya membocorkan rahsia dirogol kepada teman wanita bapanya yang turut tinggal di rumah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI