fbpx

EPL: Onana sah kembali perkuat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA (tengah) akan kembali ke posisi penjaga gol utama United selepas tugasnya bersama Cameroon di AFCON berakhir. - AFP

MANCHESTER – Manchester United boleh menarik nafas lega apabila penjaga gol utama, Andre Onana dijangka berada dalam kesebelasan utama menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux awal pagi esok.

Pengurus The Red Devils, Erik ten Hag mengesahkan perkara berkenaan memandangkan Onana sudah menamatkan tugasan antarabangsa bersama Cameroon selepas mereka tersingkir daripada saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Keadaan itu pastinya turut memberi kelegaan kepada penyokong-penyokong United yang tidak yakin dengan kemampuan penjaga gol kedua, Altay Bayindir ketika menang 4-2 ke atas Newport County pada pusingan keempat Piala FA Isnin lalu.

“Saya fikir Bayindir melakukan debut cukup baik bersama United dalam saingan Piala FA sebelum ini. Dia ada menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya daripada Newport dan dia wajar untuk gembira.

“Apa yang pasti, Andre Onana akan kembali bersama pasukan Khamis ini (menentang Wolves). Ini adalah kali pertama saya berpeluang membariskan pasukan terkuat sejak menyertai pasukan ini,” kata Ten Hag.

Terdahulu, Onana sering berdepan kritikan daripada peminat-peminat United sendiri selepas dia melakukan banyak kesilapan yang menghukum pasukan meskipun hadir dengan reputasi cukup gah membantu Inter Milan mara ke final Liga Juara-Juara.

Meskipun ramai yang menganggap sukar untuk United menggantikan kehilangan penjaga gol legenda, David de Gea, namun Ten Hag tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap keupayaan Onana bagi menjaga gawang pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI