PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda tiga buah negeri sehingga awal petang ini.
MetMalaysia dalam hantaran di Facebook berkata, cuaca buruk itu dilaporkan berlaku sekitar Pahang melibatkan Pekan dan Rompin.
Selain itu, di Johor meliputi daerah Segamat dan Mersing serta beberapa bahagian negeri Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman (Sri Aman). – KOSMO! ONLINE