fbpx

Bincang isu terkini negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pertemuan Anwar dengan Sultan Ibrahim yang dikongsi di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan beliau bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini adalah bagi sembah maklum perkembangan terkini negara.

Perdana Menteri melalui Facebooknya menjelaskan, beberapa perkara telah disembah maklum kepada Duli Tuanku antaranya terkait perkembangan terkini negara serta isu-isu melibatkan rakyat keseluruhannya.

“Menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan menerima patik menghadap di Istana Negara, hari ini.

“Dalam sesi menghadap ini, beberapa perkara telah disembah maklum kepada Duli Tuanku antaranya terkait perkembangan terkini negara serta isu-isu melibatkan rakyat keseluruhannya,” tulisnya.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memulakan tugas pertama baginda dengan berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Melalui laman Instagram rasmi Sultan Ibrahim berkata, pertemuan Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara hari ini (1 Februari). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI