fbpx

Bapa mengaku salah cederakan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas pertuduhan mencederakan anak kandungnya yang berusia 16 tahun enam bulan di Rembau, bulan lalu.

KUALA PILAH – Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan anak kandungnya yang berusia 16 tahun enam bulan di Rembau, bulan lalu.

Tertuduh, berusia 47 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan memohon agar laporan perubatan penuh diperoleh terlebih dahulu sebelum hukuman dijatuhkan.

Hakim kemudiannya menangguhkan hukuman kepada satu tarikh lain iaitu 5 Mac ini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas anak kandungnya dengan menggunakan suatu alat yang digunakan sebagai senjata untuk melakukan kesalahan yang mungkin menyebabkan kematian iaitu satu kerusi plastik, satu bakul pakaian dan satu papan seterika.

Kesalahan itu dilakukan pada 23 Januari lalu kira-kira pukul 11.45 malam di sebuah rumah di Kendong, Rembau.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen Seremban, tertuduh mengaku tidak bersalah memperkosa anaknya sendiri yang di bawah umur dalam kejadian di Kendong, Rembau, November tahun lalu sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datin Surita Budin.

Pada 24 Januari lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan dipukul teruk oleh bapanya menggunakan pelbagai objek sehingga mengalami kecederaan dan di bawa ke Hospital Tampin.

Mangsa dipercayai dipukul dengan teruk disebabkan bapanya tidak berpuas hati dengan tindakannya membocorkan rahsia diperkosa kepada teman wanita bapanya yang turut tinggal di rumah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI