fbpx

Anak tidak dibenarkan masuk butik, The Melvins naik hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIK-beradik popular yang menamakan diri mereka The Melvins.

SARANG tebuan jangan dijolok, itulah yang dapat disimpulkan dengan kisah adik pelakon Syatila Melvin, Syida baru-baru ini yang naik hantu gara-gara pemilik sebuah butik sewa pakaian enggan membenarkan kanak-kanak berada dalam premis berkenaan.

Ketika kejadian, pempengaruh media sosial yang juga ahli perniagaan itu datang ke butik berkenaan bagi menyewa busana untuk digayakan dalam sebuah.
Syidah atau Nur Syifa Assyida Amirol Melvin turut membawa bersama anak perempuannya yang berusia empat tahun, namun si kecil kemudian tidur di atas sofa di dalam butik terbabit.

Ketika itu juga, pemilik butik mengarahkan Syida membawa anaknya keluar dari premis berkenaan selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Mendengar permintaan tersebut membuatkan adik-beradiknya yang ada bersama Syafiqa dan Melveena turut meminta penjelasan mengenai larangan terhadap budak kecil masuk ke butik berkenaan.

Biarpun akhirnya menuruti arahan pemilik, mereka bertiga serta Syatila meluahkan perasaan tidak puas hati dengan diskriminasi dilakukan terhadap anak kecil.

Marah betul nampaknya adik-beradik yang digelar The Melvins itu.

Begitupun, pihak butik memberi balasan dengan menegaskan peraturan tidak membenarkan kanak-kanak memasuki butik telah berkuat kuasa sejak Januari 2022 bagi keselesaan pelanggan.

Mizz Lahar: Pernah dengar gosip seorang selebriti jual air liur saja tapi dapat ‘makan’ beribu-ribu ringgit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI