fbpx

Ada artikel kritik Konfederasi Hoki Malaysia beberapa hari lalu – Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad negara muncul Naib Juara Piala Dunia Hoki 5s Lelaki di Muscat, Oman hari ini.

PETALING JAYA – Terdapat beberapa artikel mengkritik Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum skuad negara muncul Naib Juara Piala Dunia Hoki 5s Lelaki di Muscat, Oman hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, komen-komen dalam media sosial berhubung perkara itu malah meminta supaya pengurusan MHC ditukar.

“Piala Dunia Hoki 5s – Kapten Malaysia menang Pemain Terbaik. Ini adalah kali pertama Piala Dunia diadakan pada tahun 2024.

“Sebanyak 16 negara mengambil bahagian. Pemain Malaysia menang nombor 2 awal pagi ini di Oman. Ini adalah pasukan baharu.

“Kita tidak boleh begitu mudah meminta pengurusan ditukar setiap kali atlet tewas perlawanan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Hannah berkata, semua pihak sedang melakukan segala yang termampu untuk meningkatkan ekosistem sukan negara ini dan tiada perkara yang mustahil dalam sukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI