fbpx

5,791 orang termasuk pelajar, penjawat awam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 5,791 orang atas pelbagai kesalahan dadah menerusi Op Tapis Khas yang dijalankan serentak di seluruh negara pada 29 hingga 31 Januari lalu.

Serbuan tersebut membabitkan kawasan Felda dan Felcra, ‘port’ penagih, projek perumahan rakyat (PPR), sekatan jalan raya dan perkampungan nelayan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, tangkapan itu dilaksanakan bersama JSJN negeri-negeri yang disertai 2,281 pegawai dan anggota.

Katanya, daripada 6,061 individu diperiksa, 5,791 orang berusia lingkungan 14 hingga 80 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dan lain-lain kesalahan.

“Daripada jumlah itu, 534 orang adalah tokan dadah termasuk seorang pelajar sekolah manakala 3,226 orang adalah penagih (4 penjawat awam dan 2 pelajar).

“Dalam pada itu, 247 orang dikehendaki turut ditahan termasuk 1,784 orang yang mana membabitkan lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarudin berkata, operasi selama tiga hari itu berjaya merampas 128.3 kilogram (kg) dan 16,076 liter pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM610,071.

“Antara yang dirampas adalah syabu (4.02kg), ganja (8.7 kg), heroin (4.1 kg), ketamin (1.07kg) pil yaba (1.6 kg), serbuk ekstasi (23.7kg) dan air ketum sebanyak16,063 liter.

“Selain itu, pelbagai aset disita termasuk jam tangan, barang kemas, kenderaan serta wang tunai bernilai RM34,872 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan bernilai RM1.55 juta,” ujarnya.

Tegas beliau, kesemua suspek disiasat dibawah pelbagai seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, individu dikehendaki dan juga Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI