fbpx

19 helmet Arai, Shoei RM63,200 dilarikan pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 19 helmet lesap selepas bilik sewa peniaga itu dipecah masuk pencuri Isnin lalu.

PUCHONG – Seorang peniaga helmet mengalami kerugian bernilai RM63,200 selepas 19 helmet terpakai jenama Arai dan Shoei dilarikan pencuri dari sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Kuchai, Batu 8, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pengadu lelaki tempatan berusia 30 tahun mendakwa meninggalkan rumah dalam keadaan pintu biliknya berkunci pada pukul 2 petang.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati pengadu menjalankan perniagaan helmet jenama Arai dan Shoei original sejak tahun 2011, melalui platform Facebook dan TikTok manakala helmet yang hilang adalah jenis terpakai dan telah dibaiki pengadu sebelum dijual dipasaran.

“Ketika pulang ke bilik sewanya pada pukul 4.45 petang, mangsa mendapati pintu serta tingkap biliknya telah terbuka manakala 19 helmet yang diletakkan di dalam almari kaca dan kayu telah hilang.

“Suspek disyaki masuk ke bilik mangsa melalui pintu pagar depan rumah yang tidak berkunci. Kemudian suspek dipercayai masuk melalui tingkap belakang bilik mangsa yang terletak di tingkat atas.

“Beberapa cap jari berjaya dikesan dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi.

Semalam, peniaga berkenaan, @eppy firds menerusi kumpulan RXZ Members Official berkata, rumahnya telah dipecah masuk pencuri sekitar pukul 2 hingga 4.30 petang dan turut menyenarai 19 helmet yang hilang.

“Laporan polis telah dibuat, cap jari suspek dah diambil manakala rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sedang diperolehi.

“Kepada yang terbeli helmet yang disenaraikan, tolong bagi kerjasama untuk saya dapatkan balik helmet lain. Saya akan pulangkan modal anda yang telah membeli asalkan anda boleh bantu memberi sedikit info tentang penjual.

“Kepada yang telah mengambil barang-barang tersebut, sekiranya semua barang ini masih ada dalam simpanan saya mohon tolong pulangkan balik dan insya-Allah, kita bincang baik-baik dan tarik balik report,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI