fbpx

100 PATI bekerja sebagai nelayan dicekup di jeti Tok Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang bekerja sebagai nelayan dicekup di jeti utama Tok Bali, Pasir Puteh semalam. - Foto IHSAN APMM

PASIR PUTEH – Lebih 100 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja sebagai nelayan dicekup dalam Operasi Bersepadu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan di semua jeti utama Tok Bali, di sini semalam.

Kesemua PATI itu ditahan menerusi pemeriksaan mengejut oleh APMM, Jabatan Imegresen (JIM) Kelantan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan di jeti-jeti tersebut.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, kesemua PATI yang ditahan itu merupakan warganegara Vietnam, Thailand, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, mereka melanggar Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada dan bekerja di negara ini tanpa dokumen atau permit yang sah.

Sebahagian PATI yang bekerja sebagai nelayan dicekup di jeti utama Tok Bali, Pasir Puteh semalam. – Foto IHSAN APMM

“Daripada jumlah tersebut, seramai 11 nelayan yang warganegara Thailand dan Kemboja turut ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Fokus utama serbuan di kawasan itu melibatkan Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004, Akta Imigresen 1959/63, Akta Perikanan 1985 dan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Erwan Shah memberitahu, kesemua PATI yang ditahan itu bekerja sebagai nelayan di atas bot zon C dan C2 sekitar kawasan Tok Bali.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat APMM Kelantan sebelum diserahkan kepada JIM dan polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI