fbpx

[VIDEO] Sultan Ibrahim berangkat ke Istana Negara hari ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat meninggalkan Istana Bukit Serene bergerak ke Hanger Diraja Johor Senai sebentar tadi.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini bagi menyempurnakan Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

Sultan Ibrahim berangkat meninggalkan Istana Bukit Serene di sini kira-kira pukul 7.45 pagi ke Hangar Diraja Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai.

Baginda dijangka akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pukul 9 pagi dan akan mendarat di Pangkalan Udara, Subang, Selangor sebelum bergerak ke Istana Negara.

Sultan Ibrahim diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Ke-263 pada 27 Oktober tahun lalu.

Pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam.

Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI