fbpx

[VIDEO] Calon SPM serang Kyle Green gara-gara ujian lisan BI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kongsian Kyle Green di laman Instagramnya.

PETALING JAYA – Seorang pemuzik yang kini menetap di Portugal, Kyle Green terkejut apabila laman Instagramnya tiba-tiba ‘diserang’ oleh ribuan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kelmarin.

Difahamkan, nama gitaris itu disebut dalam satu perbualan wawancara yang dikeluarkan dalam ujian mendengar bagi Bahasa Inggeris SPM baru-baru ini.

Pelajar-pelajar terbabit kemudiannya bertindak ‘menyerang’ akaun Instagram Kyle Green gara-gara tidak berpuas hati dengan soalan yang dianggap sukar itu.

Dalam sebuah hantaran di Instagram, Green terpaksa membuat permohonan maaf dan menjelaskan kisah yang didengari oleh pelajar SPM semasa ujian itu adalah fiksyen semata-mata.

Menurut Green, disebabkan ujian mendengar tersebut, dia telah menerima ratusan mesej dan pesanan suara di semua platform media sosial yang dimilikinya.

“Selalunya saya tidak akan membuat video sebegini, tetapi hari ini adalah hari yang sangat pelik bagi saya.

“Pagi ini, selepas saya bangun tidur, saya dapati peti mesej saya di Intagram penuh dengan mesej daripada pelajar di Malaysia,” katanya.

Dalam hantaran sama, Green tidak menafikan audio yang digunakan sewaktu ujian mendengar itu mungkin diinspirasikan oleh kisah hidupnya.

Bagaimanapun, Green menganggap pengalaman tersebut merupakan sesuatu yang melucukan.

Malah, dia juga sempat menitipkan pesanan buat para pelajar yang sudah mengambil peperiksaan tersebut.

“Untuk pelajar di Malaysia, semoga berjaya. Jika tidak, saya berharap anda semua akan belajar lebih keras pada masa akan datang.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menunjukkan minat terhadap muzik yang saya bawa dan telah memberikan kata-kata semangat. Saya saya menghargainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI