fbpx

Sultan Ibrahim payungi rakyat dengan kasih sayang – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim ketika tiba di Pintu 1, Istana Negara pagi tadi.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim diyakini akan memimpin negara dengan bijaksana serta memayungi rakyat jelata dengan penuh kasih sayang.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, institusi Raja Berperlembagaan juga diyakini akan terus diperkukuh di bawah pemerintahan baginda yang menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Sehubungan itu, Fahmi yang mewakili seluruh warga Kementerian Komunikasi turut merafak sembah ucapan selamat berangkat tiba kepada Sultan Ibrahim.

“Patik dan seluruh warga kerja Kementerian Komunikasi, dengan ini berikrar akan menumpahkan sepenuh taat setia dan juga dengan akur janji berkhidmat penuh dedikasi untuk raja dan negara,” katanya dalam perutusan khas sempena keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, beliau bertekad untuk berkhidmat di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim dalam membangunkan negara serta memberi khidmat bakti kepada rakyat.

“Sebagai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku adalah payung rakyat serta negara dalam mendepani cabaran pada masa akan datang.

“Semoga Tuanku sentiasa sihat sejahtera dan mentadbir negara dengan bijaksana kepada kami rakyat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI