fbpx

[VIDEO] Sultan Ibrahim berlepas ke Kuala Lumpur tepat pukul 9 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal terbang peribadi yang membawa Sultan Ibrahim berangkat berlepas meninggalkan Hangar Diraja Senai, di sini pada pukul 9 pagi.

KULAI – Kapal terbang peribadi yang membawa Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat berlepas meninggalkan Hangar Diraja Senai, di sini pada pukul 9 pagi.

Baginda akan terus menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 di Istana Negara.

Terdahulu, baginda keluar meninggalkan Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada pukul 7.45 pagi dan melalui tujuh lokasi checkpoint yang disediakan bagi rakyat Johor menyaksikan istiadat bersejarah hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI