fbpx

Somalia lancar program televisyen pertama diterajui wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rancangan debat rintis diadakan di Mogadishu pada Disember 2023. - Fahio/ Bilan

MOGADISHU – Satu-satunya kumpulan media wanita di Somalia, Bilan akan melancarkan sebuah rancangan televisyen berkaitan hal ehwal semasa pertama negara yang dihoskan oleh wanita.

Akhbar The Guardian melaporkan, program debat itu juga akan menjadi rancangan televisyen pertama di Somalia yang dikendalikan oleh sekurang-kurangnya 50 peratus kakitangan wanita.

Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai isu kekurangan guru wanita yang kritikal dan cabaran dihadapi oleh golongan tersebut untuk menceburi bidang politik serta isu-isu alam sekitar.

Rancangan televisyen itu bakal dilancarkan pada 8 Mac 2024 iaitu bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Sesi perdebatan akan dirakam di pelbagai lokasi seluruh negara dan penonton dibenarkan hadir. 

Program itu dilancarkan susulan kejayaan rancangan debat rintis yang diadakan pada Disember 2023 apabila panel membahaskan isu mengenai tempoh pembelajaran di sekolah.

Hos rancangan tersebut, Naima Said Salah berkata, reaksi orang ramai terhadap rancangan debat rintis tersebut  adalah sangat positif kerana ia mendedahkan masalah dihadapi ramai wanita.

“Ramai wanita termasuk saya tidak pernah berpeluang untuk belajar mengenai datang bulan kerana mereka berpendapat bahawa isu ini adalah tabu. Namun, ia adalah fakta, ia wujud dan kita tidak boleh mengabaikannya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI